IMAM AL-GHAZALI menyatakan bahawa orang yang tidak khusyuk sembahyangnya adalah dikira sia-sia belaka, kerana tujuan shalat itu selain untuk mengingati Allah SWT, ia juga berfungsi sebagai alat pencegah dari perbuatan keji dan mungkar. Apabila lalai ketika menunaikan solat bererti orang tersebut tidak akan berasa gerun ketika melakukan perkara keji dan mungkar.
Solat
yang khusyuk ialah mereka yang sentiasa sedar dan mengikuti segala pengertian
dari setiap kalimah yang di ucapkan di dalam shalatnya. Justeru itu apabila ia
membaca Fatihah, hatinya akan mengikuti dan memahami makna setiap kalimah yang
terucap.
Misalnya
apabila mereka membaca ayat keempat dari Surah Al-Fatihah yang bermaksud:
“Tuhan yang memiliki hari Akhirat.” Maka tergambar segala kalut sibuk dan huru-hara manusia serta bersesak di padang Masyhar, ia akan terasa diri semakin kerdil dan lemah disisi Allah SWT.
“Tuhan yang memiliki hari Akhirat.” Maka tergambar segala kalut sibuk dan huru-hara manusia serta bersesak di padang Masyhar, ia akan terasa diri semakin kerdil dan lemah disisi Allah SWT.
Apabila
membaca ayat kelima dari surah Al-Fatihah yang bermaksud :
Bererti mereka telah memberikan kesetiaan dan pengabdian hanya kepada Allah, bukannya menjadi penyembah hawa nafsu atau yang lain-lainnya. Akhirnya mereka tidak ada keinginan untuk melakukan perkara keji dan mungkar, kerana melakukan perbuatan keji bererti mereka telah menjadi hamba nafsu, yang demikian adalah bercanggah dengan ucapannya yang mengaku bahawa dia hanya menyembah Allah SWT semata-mata.
"engkaulah yang kusembah dan engkaulah tempatku bermohon".
Bererti mereka telah memberikan kesetiaan dan pengabdian hanya kepada Allah, bukannya menjadi penyembah hawa nafsu atau yang lain-lainnya. Akhirnya mereka tidak ada keinginan untuk melakukan perkara keji dan mungkar, kerana melakukan perbuatan keji bererti mereka telah menjadi hamba nafsu, yang demikian adalah bercanggah dengan ucapannya yang mengaku bahawa dia hanya menyembah Allah SWT semata-mata.
Selepas
itu mengamati lain-lain bacaan dalam sembahyang dengan khusyuk, yang
mengandungi berbagai bacaan dan doa-doa yang memperlihatkan kebesaran Tuhan.
Jika difahami sungguh-sungguh cukuplah kesemua itu akan menghakis sikap-sikap
hodoh yang ada pada diri manusia itu.
Rasulullah
SAW bersabda yang bermaksud :
“Berapa banyak orang yang mendirikan solat, tetapi yang di perolehi
hanya penat dan letih, kerana mereka itu lalai dalam sembahyangnya.”
Hadis
tersebut menggambarkan betapa banyak sembahyang yang didirikan oleh seseorang
itu, tetapi malangnya ia tidak memperolehi pahala melalui sembahyang itu.
Firman
Allah yang bermaksud :
“Maka kecelakaanlah bagi orang-orang solat, (iaitu) orang-orang yang lalai dari
solatnya.” [Surah al-Ma'un : ayat 4-5]
Nabi s.a.w bersabda lagi yang bermaksud :
“Tidak
ada habuan bagi seseorang hamba dalam sembahyangnya kecuali sekadar mana yang
dia ingat.”
Hadis
tersebut menjelaskan bahawa shalat seseorang yang dalam keadaan lalai,
sesungguhnya tidak mempunyai sebarang nilai kebaikan di sisi Allah SWT. Malah
shalatnya itu akan sekadar menjadi kayu pengukur, jika seseorang ingin tahu
sekadar mana pahala yang di perolehi dan sebanyak mana pula yang kosong, maka
selepas shalat cubalah adakan muhasabah, sebanyak manakah masa yang dia berada
dalam keadaan khusyuk, iaitu ingat segala perbuatan dan ucapan mereka dalam
sembahyang itu, atau sebanyak mana pula yang lalai. Kalau banyak masa lalai
maka setakat baki yang sedikit itu tidak payahlah untuk menunggu akhirat bagi
melihat pahala shalat itu, sebaliknya didunia ini pun kita sudah boleh mengagak
apa yang kita perolehi dari shalat yang tidak khusyuk itu.
Sesungguhnya
shalat itu tidak sama dengan ibadah yang lain. Jika dibandingkan dengan ibadah
puasa, memang dalam ibadah puasa tidak ada khusyuk, tetapi puasa yang memenuhi
segala syarat akan kelihatan kesannya dari puasanya itu. Disebabkan menahan
lapar dan dahaga bukan sahaja mereka akan kelihatan letih dan kurang bermaya,
tetapi juga mereka kelihatan sebagai seorang yang tinggi pekertinya, senantiasa
menjaga perkara yang boleh membatalkan puasa dan juga pahala puasa seperti
menjaga lidahnya dari mengumpat dan mengeluarkan kata-kata yang tidak
berfaedah.
Begitu
juga zakat, walaupun ketika melakukan ibadah zakat itu tidak disertai dengan
khusyuk namun maksud kepada penunaian zakat itu kelihatan juga. Menunaikan
zakat dapat menghakis sifat bakhil seseorang. Orang-orang yang dikuasai oleh
sifat bakhil tidak mungkin mampu menunaikan zakat.
Demikian
juga dengan ibadah haji, walaupun ketika melakukan ibadah haji seseorang itu
dalam keadaan lalai kerana ibadah haji melibatkan dua perkara iaitu tubuh badan
dan harta benda. Sama ada menunaikan haji itu dalam keadaan lalai dan
sebagainya, namun kesannya dari ibadah haji itu jelas ketara, kerana ia
terpaksa membelanjakan wang beribu-ribu ringgit. Tubuh badan terasa letih dan
wang ringgit habis.
Sebaliknya
ibadah shalat ini amat berbeza sekali dengan semua ibadah yang dinyatakan itu.
Menurut Imam al-Ghazali bahawa shalat itu merupakan “munajat” (berdialog dan
berbisik) seorang hamba terhadap Tuhannya. Apabila shalat itu sebagai munajat
sudah tentu dilakukan dengan penuh kesedaran di samping khusyuk dan tawadhuk.
Bagaimana mungkin seorang yang lalai boleh berbisik atau berdialog dengan Allah
SWT.
Orang
yang mengerjakan shalat dalam keadaan lalai sama keadaannya orang yang mengigau
ketika tidur, walaupun mungkin ia menyebut Allahu Akbar dan juga lain-lain
kalimah yang memuji keagungan Allah SWT, seperti bertasbih mensucikan Allah,
bertahmid memuji Allah namun semua itu tidak termasuk langsung dalam pengertian
munajat kepada Allah kerana sebenarnya orang itu sedang mengigau. Sesungguhnya
orang mengigau itu adalah orang yang bertutur di luar kesedaran.
Khusyuk
menjadi syarat sama ada shalat seseorang itu akan diterima oleh Allah SWT. Jika
khusyuk tidak wujud dalam diri orang yang menunaikan shalat, maka ruang kosong
itu pasti terisi dengan sifat lalai. Orang yang lalai tidak akan merasai
keagungan Allah SWT, sekalipun lidahnya mengucapkan kalimah-kalimah yang
mengandungi segala puji-pujian terhadap Allah.
Segala
puji-pujian yang ditujukan kepada Allah SWT bukan saja melalui ucapan lisan,
tetapi juga dengan bahasa hati. Apabila hati lalai ia akan menjadi hijab yang
menghalang seseorang itu untuk menghampiri Allah, meskipun Allah SWT menyatakan
bahawa ia lebih hampir daripada saraf dan urat seseorang
Firman
Allah Taala yang berbunyi:
“Ketahuilah
dengan menyebut nama Allah itu dapat menenangkan hati.” [Surah Ar-Ra'adu : ayat
28]
Dan
ketahuilah, solat adalah ibadah utama yang akan dihisab terlebih dahulu di
akhirat oleh Allah SWT, berbanding dengan amalan-amalan yang lain. Sekiranya
shalat seseorang itu dalam keadaan sempurna, maka barulah dihitung pula amalan
yang lain.
Sumber
Diperoleh : 22 Februari 2014
Penulis : Al-Falir Ilallah – Abdul Jamil Lam Al-Qadiri
Tanggal : 14 Desember 2011
Url : http://myibrah.com/khusyuk-dalam-solat
Diperoleh : 22 Februari 2014
Penulis : Al-Falir Ilallah – Abdul Jamil Lam Al-Qadiri
Tanggal : 14 Desember 2011
Url : http://myibrah.com/khusyuk-dalam-solat
0 komentar:
Posting Komentar